Pernah tak kita terfikir bahawa selain cuti sekolah, masa cuti raya juga kita boleh buat kenduri kahwin, sebab biasanya raya ni mesti cutinyer agak panjang 3-4 hari atau lebih. Jadi, boleh ler buat kenduri kahwin, tak payah tunggu cuti sekolah. Biasanya, orang buat kenduri kahwin pada raya ke-3 atau raya ke-4. Apa agaknya kelebihan kenduri masa cuti raya ni.
- Dah tentu meriah sebab semua orang cuti dan mungkin semua panggilan tetamu boleh datang.
- Sedara mara tak payah nak ambik cuti untuk hadir kenduri sebab memang dah apply cuti raya (jimat cuti tahun)
- Tak perlu berebut dengan orang lain tentang tarikh perkahwinan, sebab biasanya cuti sekolah tu ramai yang pilih tarikh yg. sama untuk buat kenduri.
- Boleh "HONEYMOON" dengan kos yg. lebih jimat, sebab biasanya hotel dan tiket flight mahal masa cuti sekolah.
- Boleh berjalan bawa pasangan ke rumah keluarga dalam suasana hari raya.
Jadi, anda ada pilihan sekarang sama ada nak buat kenduri kahwin pada cuti sekolah atau cuti hari raya. Pilih lah mana yang terbaik untuk anda dan keluarga anda.
Kami mengucapkan selamat pengantin baru kepada yang masih baru berkahwin dan selamat hari raya, maaf zahir batin kepada semua pembaca bloh nii....Terima kasih
0 comments:
Post a Comment