Antara kekurangannya:
- Tak sempat nak raya sakan sebab kena buat persiapan untuk majlis perkahwinan pulak.
- Perbelanjaan mungkin meningkat kalau tidak diurus dengan baik kerana perlu membuat 2 persiapan serentak.
- Mungkin ada sedara-mara yg tidak dpt hadir sebab kena raya sebelah mertua plak setelah beraya di rumah bapa sendiri.
- Keadaan lalu lintas biasanya sibuk dimusim perayaan, jadi mungkin kena rancang perjalanan pengantin kalau masing2 mempunyai jarak yg jauh.
- Hotel, charlet, homestay biasanya penuh dimusim raya, jadi bagi mempelai yg kahwin jarak jauh (pengantin lelaki Kedah, pengantin perempuan Johor), perlu pastikan semuanya telah ditempah.
Itulah antara perkara2 yg perlu kitafikirkan jika anda memang berhajat untuk buat kenduri masa cuti hari raya. Mungkin ada perkara lain lagi yg anda nak kongsi, dipersilakan. Dikesempatan ini kami ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Idulfitri, Maaf Zahir Batin kepada semua pembaca blog ini, moga raya tahun ni memberikan kebahagian kepada kita semua.
0 comments:
Post a Comment